Super Junior Tidak Akan Menghantar Hee Chul Ke Kem


SM Entertainment telah menyatakan bahawa ahli Super Junior tidak akan menghantar Hee Chul ke kem latihan Nonsan pada 1 September ini.

Menurut SM, para ahli hanya akan saling mengucap selamat tinggal di dorm sebelum Hee Chul pergi. Disebabkan penyanyi lain selalunya menghantar ahli mereka ke kem latihan, perkara ini memberikan kejutan kepada para peminat.

Sebenarnya, Hee Chul yang meminta perkara ini. Dia telah memberitahu ahli lain, “Jangan datang untuk ucapkan selamat tinggal” Akibat kemalangan jalan raya pada 2006, Hee Chul akan melakukan khidmat awam dan bukan latihan tentera, jadi dia tidak mahu kemasukannya ke kem menjadi hal yang besar.

Tambahan lagi, dia akan pulang ke rumah setelah 4 minggu di kem, jadi dia hanya akan berjauhan dengan ahli lain selama sebulan sebelum dia dibenarkan kembali ke latihan khidmatnya.

Hee Chul tidak akan mengadakan sidang akhbar di hadapan kemnya dan akan memasuki kem sesenyap yang mungkin.

Source + Photos: OSEN via Naver
Credit: allkpop.com
Shared: 13flowerboys.wordpress.com

One response to “Super Junior Tidak Akan Menghantar Hee Chul Ke Kem

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s